Custom Search

Thursday, June 26, 2008

Sekilas..

Cerita Seorang Anak yang Tersesat


Menarik..baca lah..mungkin ambik 3 minit, fast reading 1 minit

Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama keluarga.


Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan
diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan
berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak
timbul sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.


Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang
Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.


Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di
ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, ' Nak, ayah tahu selama
ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita.' Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata.

' Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran.
Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya,' sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.


Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani
menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan
ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah
soalan yang bakal menerjahnya hari itu.


' Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah
meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu....'


Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba
salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong.
Lagipun kata-kata ayahnya mahukan ' kebenaran' mengundang seribu makna
yang

tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan
kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara
perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab.' Ya Ayah. Saya minta
maaf.

Tetapi saya telah menemui kebenaran....'

Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi
perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat
pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ?

Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi,' Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini? '
Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita
tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia
telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali
selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar.

Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya
dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan
kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju
jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.


' Ayah tahu siapa lelaki itu ? ' tanya pemuda itu kepada
ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.


' Dia Jesus Christ, ayah. '

Suasana hening seketika.

' Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya
kepadanya ?' Si ayah memecah suasana.


' Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu
Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang
pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah.'

Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru.
Mungkin ayahnya telah menemui ' kebenaran '.Inilah peluang dakwah untuk ayah,
kemudian ahli keluarga yang lain.


' Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi
Nasrani ? ' Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.


' Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru
selamat manusia akhir zaman ....'


' Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat....'


Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa
ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah
tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak
sembahyang.
Tapi, kini.....


' Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh
Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu..' sambung si
ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela
nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.


' Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak
putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus
asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan
ayah......'


Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu
mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, ' Tiba-tiba datang
satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu
ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada
betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan
lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung
kita.'


Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi,
" Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan
salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya,
siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil
mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang
pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."

' Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita
Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah
bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu
dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah
menemui kebenaran...'


Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, '
kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? ' Si ayah tidak terus menjawab,
sebaliknya ketawa kacil yang panjang.


' Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu
masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu
Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah
banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam
justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam.'

Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah
tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, ' Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak !
Jesus Christ adalah kebenaran tentang Islam.....' sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................'

Sesungguhnya, Jesus Christ itu ialah nama gelaran yang dipanggil oleh penganut-penganut agama Kristian untuk Nabi Isa.

Wallahualam..

Resourse from 'e-mail'.

1 comment: